Cari artikel dalam blog ini

Memuatkan ...

Terma & Polisi


Blog ini mungkin mengandungi bahan bacaan yang tidak menepati citarasa sesetengah pembaca. Bagi pihak penulis ianya hanyalah sekadar pandangan peribadi penulis semata-mata dan daripada reaksi apa yang penulis rasa dan lihat serta tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak mahupun tidak juga berniat membawa fitnah dan melaga-lagakan mana-mana pihak atau menggangu ketenteraman. Sekian

aizam @ basikaltua.com
Salam sejahtera, Oleh kerana Beras-padu kelolaan bang Sebol dalam proses penilaian gunapakai tenaga, jadi sebagai alternatif bagi pengemar suapan langsung RSS untuk kebanyakan blog bolehlah melayari alternatif kepada beras-padu di tapak RSS 'maubaca' yang beralamat di http://maubaca.ath.cx

Isnin, 2010 Februari 01

Kerajaan perlu pandai ambil hati rakyat

Salam Sejahtera,


Kerajaan dibawah naungan PM Najib Razak kini giat melaksanakan langkah penjimatan dalam menangani permasaalahan ekonomi yang melanda negara pada masa kini. Berberapa langkah yang dilaksanakan salah satunya ialah mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan dalam banyak sektor. Antara salah satu sektor yang terlibat ialah sektor pendidikan. Pelajar yang tinggal di asrama kini terpaksa berulang pulang ke rumah masing-masing setiap minggu kerana langkah penjimatan ini memerlukan pelajar berkorban sedemikian. Apa jadi sekiranya pelajar yang tinggal jauh dari rumah mereka?. Mereka terpaksa menumpang rumah kawan masing-masing setiap minggu. Ini adalah sesuatu boleh membebankan pelajar tersebut malah keluarga yang mereka menumpangnya.

Didalam sektor awam pula kos perbelanjaan setiap pejabat pentadbiran dikurangkan, penjimatan dengan pelbagai sekatan kini sedikit sebanyak mengurangkan pergerakan operasi pejabat kerana kos perbelanjaan yang terhad, ia menjadikan operasi pejabat menjadi semakin perlahan. Ini adalah salah satu apa yang dikatakan kesan sampingan dalam kemerosotan ekonomi yang melanda pada masa kini.

Apa yang BT hendak terjemahkan disini ialah kegagalan kerajaan untuk menangani isu kegawatan ekonomi dengan menjadikan rakyat sebagai tanggungan terhadap beban ekonomi yang ditanggung mereka. Kenapa perlu rakyat yang menanggung semua hal yang melibatkan kegagalan kerajaan untuk menarik pelabur untuk melabur di negara ini?. Apa yang dapat dilihat ialah pelabur-pelabur kini kelihatan hilang keyakinan untuk melabur di negara ini dan membina industri yang boleh menampung beban hutang negara secara amnya. Hilang kepercayaan ini juga mungkin berpunca daripada kestabilan politik dan pentadbiran di negara yang lemah dan polisi kerajaan yang tidak memihak kepada pelabur secara saksama.

Hasil dari kegagalan menarik pelabur asing untuk melabur didalam pelbagai sektor di negara ini menyebabkan kerajaan seperti tiada alternatif lain selain dari menggunakan aset didalam negara sebagai dinding api untuk menyelamatkan dari terus menanggung kerugian yang semakin meruncing. Hutang-hutang lapuk perlu dilunaskan, projek-projek mega yang dahulunya berleluasa dibina tanpa memikirkan buruk-baiknya padahnya kini perlu di langsaikan dengan wang ringgit. Hakikatnya projek ini sekarang dilihat tertanggung diatas kepala individu setiap rakyat di Malaysia. Kini kita boleh lihat kegagalan kerajaan untuk mendapatkan dana dengan langkah penjimatan yang dilaksanakan, subsidi kepada barang-barang keperluan dikurangkan. Ini menunjukan hak rakyat untuk mendapat kenikmatan dan pembelaan kelihatan sudah semakin dilupakan.

Moto 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Di utamakan' kelihatan tidak berkesan untuk meyakinkan rakyat betapa rakyat diutamakan sebenar-benarnya. Pandangan negatif terhadap moto tersebut adalah tanda rakyat faham dan sedar mereka tidak boleh diulek dengan bahasa-bahasa kiasan yang hanya sekadar mengelabui pada lapisan hadapan sahaja.. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang benar-benar boleh membawa perubahan kepada mereka malah boleh membawa Malaysia ke mata dunia dan pemimpin islamnya dapat bersuara di OIC dengan lantang dan bukan sekdar berkokok disekitar kampung sahaja.

Rakyat pula perlu menilai prestasi kerajaan dengan secara telus bukanya kerana kepentingan secara individualiti.. Kerajaan juga perlu peka kepada kehendak rakyat dan luahan ketidak puasan hati rakyat untuk menjadikan pentadbiran kerajaan di pandang tinggi.

Sekian

Artikel yang berhubung kait dengan catatan ini



0 Ulasan:

Catat Ulasan