Cari artikel dalam blog ini

Memuatkan ...

Terma & Polisi


Blog ini mungkin mengandungi bahan bacaan yang tidak menepati citarasa sesetengah pembaca. Bagi pihak penulis ianya hanyalah sekadar pandangan peribadi penulis semata-mata dan daripada reaksi apa yang penulis rasa dan lihat serta tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak mahupun tidak juga berniat membawa fitnah dan melaga-lagakan mana-mana pihak atau menggangu ketenteraman. Sekian

aizam @ basikaltua.com
Salam sejahtera, Oleh kerana Beras-padu kelolaan bang Sebol dalam proses penilaian gunapakai tenaga, jadi sebagai alternatif bagi pengemar suapan langsung RSS untuk kebanyakan blog bolehlah melayari alternatif kepada beras-padu di tapak RSS 'maubaca' yang beralamat di http://maubaca.ath.cx

Rabu, 2010 Februari 03

Antara totok dan wala'

Salam Sejahtera,

Artikel kali ini hanyalah pandangan semata-mata yang boleh dibahaskan tentang kepercayaan dan kesetiaan kita terhadap seseorang pemimpin ikutan kita.

Kita berbicara tentang sokongan yang tak terhingga kepada pemimpin yang kita sanjungi tanpa pedulikan yang mana kepala dan yang mana ekorna. Kita juga berbicara tentang ikutan dan kepercayaan. Tanpa rasa ragu kita menaruh sepenuh harapan kepada pimpinan dengan mengharapkan pemimpin atau ketua yang memimpin mampu memberi perubahan kepada sesuatu agenda didalam mencapai matlamat kita dan kepimpinan yang kita ikuti.

Apa yang BT belajar dalam cuba memahami erti kepercayaan kepada kepimpinan ialah, mencari arah tuju seseorang pemimpin itu untuk memimpin sebuah pasukan yang besar. Memahami lenggok pemikiran dan bawaan individu kepemimpinan tersebut serta apa yang kita faham akan matlamat yang kita mahu capai bersama kepimpinanya. Didalam hal ini menjadi cara BT untuk menetap arus tersendiri dalam mengikuti sesuatu kepimpinan atau seseorang pemimpin tersebut. Dengan erti kata mudah BT tidak akan fanatik (wala') terhadap seseorang pemimpin tetapi akan cuba mencari persamaan dalam sesuatu agenda yang sama arus dengan pemikiran BT.

Budaya yang sekian lama sinonim dengan pengikut setia UMNO yang diistilahkan sebagai 'totok' yang membawa erti setia kepada pimpinan atas tidak terperi sehinggakan kelihatan apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO adalah semuanya kelihatan betul tanpa boleh dipertikaikan. Sedihnya apa yang di perkatakan kepada sekelompok mereka ini mula menular didalam PAS dan dipertontonkan sebagai lebih islamik dengan pengunaan perkataan wala'. Hakikatnya ianya membawa maksud dan perspektif yang sama.

Sebagaimana kita yang berada didalam arus keilmuan yang mudah digapai, kepercaaan terlalu ekstrem kepada seseorang individu adalah perlu dielakan. Ini bukan bermaksud ianya perlu ada rasa ragu sepanjang masa tetapi kita seharusnya mencari maklumat alternatif yang boleh dibuat sebagai bahan rujukan dalam kesetiaan kita. Cara ini dilihat lebih cendikiawan berbanding mempertaruhkan kepercayaan kepada satu sumber sahaja yang mungkin ada betul dan juga ada tidak betulnya. Kepercayaan didalam 'cengkerang' ini perlu dielakan supaya ilmu itu dapat ditimba lebih dalam dengan memberi ruang kepada faktor luar memberi tindak balas supaya apa yang dikatakan campurtangan dari pihak luar mampu memberi perluasan kepada kepercayaan yang akan membawa penterjemahan terhadap pemikiran individu pemimpin tersebut.

Masaalah totok atau wala' ini adalah bukan berpunca dari sesebuah kepimpinan tetapi ia lebih kepada sifat fanatik seseorang individu tersebut kepada pegangan mereka. Titik tolaknya ialah kemampuan seseorang itu untuk bersikap rasional dalam menterjemah maksud yang disampaikan oleh seseorang yang lain.

Kepercayaan yang hakiki dan tanpa prejudis kepada seseorang individu pemimpin hanyalah ditujukan kepada Nabi S.A.W..

Wallhu a'lam Bissawab...

Artikel yang berhubung kait dengan catatan ini



0 Ulasan:

Catat Ulasan