Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Menyingkap kehidupan sebelum Adam adalah satu kajian yang mungkin memerlukan tafsiran hadith dan akal fikiran yang waras. Persoalan utama apakah ada makhluk menyerupai kehidupan manusia pada zaman sebelum Adam A.S?
Persoalan ini harus merujuk kepada apakah makhluk yang mendiami bumi ini sebelum kehadiran manusia adalah satu realiti atau mitos. Ini adalah pendapat yang perlu ditafsirkan mengikut penafsiran wujudnya kehidupan Dibumi atas kehendak Allah S.W.T dan Allah tidak akan mensia-siakan diatas apa yang dijadikan dan ianya bersebab. Mungkinkah makhluk yang dijumpai seperti Perak Man di Malaysia itu adalah salah satu contoh makhluk tuhan yang dijadikan sebelum hadirnya khalifah Adam?.
Jika mereujuk kepada berberapa kajian, kehidupan antara Nabi Adam A.S dan pada masa kini adalah didalam lingkungan 21 ribu tahun. Ini bermakna ketamadunan manusia masih muda berbanding dengan kehidupan makhluk yang diwujudkan Allah yang telah mendiami dunia ini beratus juta tahun dahulu.
Persoalan kedua ialah adakah makhluk yang hidup pada zaman jurassic itu bertamadun dan mempunyai akal fikiran? Jika dilihat dari segi monumen yang dijumpai diserata dunia, ia seolah-olah menunjukan makhluk yang dijadikan Allah sebelum adam adalah berfikiran kerana mampu mencipta bahan atau sesuatu yang boleh digunakan sebagai alat pebantu seperti kapak, tempayan dan berberapa perkara lagi malah mereka mampu melukis grafiti kehidupan pada dinding-dinding gua..
Persoalan ketiga ialah apakah kehidupan sebelum Adam A.S ini dihisab diakhirat nanti atau ia tidak dikira sebagai kehidupan yang tertakluk dalam hisab Allah S.W.T. Jika dikatakan ia tidak berfikiran ia mampu untuk mencipta sesuatu untuk meneruskan kehidupan, jika dikatakan ia berfikiran apakah mereka juga mempunyai satu petunjuk yang perlu diikuti seperti apa yang kita ikuti pada zaman sekarang? Dengan nada senang apakah ciptaan Allah sebelum Adam itu juga dikategorikan sebagai khalifah?
Sekiranya ia didalam kategori khalifah maka ia semestinya berakal dan mempunyai kepercayaan kepada tuhan yang satu.
Apa yang pasti Adam A.S bukanlah makhluk berjasad yang pertama mendiami bumi ini tetapi ia adalah bapa kepada manusia yang bertamadun dan mempunyai tanggungawab terhadap Allah S.W.T tidak seperti makhluk yang dilahirkan sebelumnya..
Persoalan terakhir, apakah implimentasi yang dapat diambil dari apa yang dijadikan Allah S.W.T sebelum lahirnya jasad manusia. Jika dilihat dari awalan penerangan BT, Allah menjadikan sesuatu dengan tidak sia-sia. Apa yang pasti hasil bumi yang kita perolehi pada zaman sekarang adalah dari revolusi kehidupan jurassic yang telah memberi rezeki kepada makhluk pada zaman sekarang.
Apa yang pasti bumi ini sudah tua, kita berada dipenghujung nyawa kehidupan sejagat selepas berlakunya kiamat kecil yang telah memusnahkan makhluk-makhluk sebelum kehadiran kita, khalifah yang bertanggungjawab mendamaikan dunia dengan ajaran yang disampaikan oleh Allah S.W.T.
Apa yang pasti juga kita hanyalah satu kitaran yang ditetapkan untuk melengkapkan sebuah perjalanan diantara mula dan akhir. Wallah hu a'lam

0 Ulasan:
Catat Ulasan