Salam Sejahtera,

Facebook, siapa sahaja bercakap tentang facebook, sana-sini tidak lekang bercerita tentang facebook. Dipejabat, rakan-rakan sentiasa ber 'facebook'. Itulah situasi yang sedang melanda rakyat kita pada saat sekarang ibarat datang seorang pujangga memberi seteguk air kepada seseorang yang sedang haus.. Tidak lekang juga yang mengatakan facebook adalah agenda pihak-pihak tertentu untuk mengambil maklumat peribadi bagi kepentingan ketenteraan. Kebenarnya mungkin ada malah tidak tahu setahap mana keseriusan perkara ini. Malah ia tidak menjadi dinding halangan buat penggemar rangkaian sosial dan juga facebookrian untuk terus bersosial di talian.
Bagi mereka-mereka dari golongan yang biasa yakni rakyat marhein yang suka bersosial secara atas talian, facebook adalah tempat untuk menghilangkan rasa tekanan dari rona-rona kehidupan seharian. Ada juga stigma pemikiran yang cenderung mengatakan facebook adalah salah satu dari berpuluh-puluh jenis rakaian sosial atas talian yang tidak membawa sebarang faedah malah membuang masa. Ramai orang ramai pendapat. Itu perkara biasa bagi sesuatu komuniti masyarakat.
Antara faedah dan lambakan sampah
Sebenarnya dari segi nilai komprehensif yang ada didalam rangkaian sosial seperti facebook adalah nilai 'persahabatan', nilai silaturahim yang mungkin tidak diambil perhatian oleh kita selama ini. Nilai inilah yang sangat berharga dalam apajua dan segalanya..
Apa yang menakjubkan
BT bukanlah nak mengatakan facebook adalah satu perkara yang harus dikatakan bagus tanpa mengira nilai pro dan kontranya.. Apa yang hendak disampaikan adalah peluang yang ada didalam rangkaian sosial seperti facebook ini untuk mengeratkan kembali hubungan antara kita. Sejak berada didalam dunia Facebook, bagaikan suatu perkara yang 'tidak munasabah' apabila BT mampu untuk mengumpul semula rakan-rakan yang terpisah hampir atau lebih dari 20 tahun yang lalu. Keajaiban ini kita dapat olahkan sebagai satu manafaat yang perlu digunapakai sebagai wadah untuk kita membina rangkaian yang juga mungkin mampu membawa kepada pertukaran maklumat atau idealogi yang dapat dimanafaatkan demi membina masa depan generasi aliran kita akan datang.
Bagaimana keakraban silaturahim itu terjalin didalamnya?
Perkara enteng yang perlu diambil kira adalah sifat pemuafakatan dan berkeinginan untuk menjalinkan ikatan silaturahim. Ia adalah tunjang utama dalam mengukuhkan barisan persahabatan. Tanpa perkara ini sehebat manapun teknologi yang ada ia tidak mampu merapatkan silaturahim. Walaupun ianya mampu dilaksanakan hanya dengan satu 'klik'.
Yang pasti dunia ini seakan mengecil apabila teknologi menguasai kehidupan seharian. Seolah-olah ada tangan yang menghancurkan dinding kengkangan selama ini dan menarik kita ke satu era masyarakat yang saling memerlukan antara satu sama lain.. Buat kawan-kawan yang sudah lama menyepi dan kini kembali bersatu dalam ertikata persahabatan, terimakasih diucapkan..

Gambar ikhsan dari Rosmadi Mansor.. Kelas 2 Seroja tahun 1987











1 Ulasan:
macamana nak bikin buku macam hang ya sedara?
Catat Ulasan