Cari artikel dalam blog ini

Memuatkan ...

Terma & Polisi


Blog ini mungkin mengandungi bahan bacaan yang tidak menepati citarasa sesetengah pembaca. Bagi pihak penulis ianya hanyalah sekadar pandangan peribadi penulis semata-mata dan daripada reaksi apa yang penulis rasa dan lihat serta tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak mahupun tidak juga berniat membawa fitnah dan melaga-lagakan mana-mana pihak atau menggangu ketenteraman. Sekian

aizam @ basikaltua.com
Salam sejahtera, Oleh kerana Beras-padu kelolaan bang Sebol dalam proses penilaian gunapakai tenaga, jadi sebagai alternatif bagi pengemar suapan langsung RSS untuk kebanyakan blog bolehlah melayari alternatif kepada beras-padu di tapak RSS 'maubaca' yang beralamat di http://maubaca.ath.cx

Sabtu, 2009 Julai 04

Revolusi Islam selepas kematian Michael Jackson

Salam Sejahtera,



Jika benar Michael Jackson (Mikael) akan disemadikan mengikut cara Islam dan berita sahih bahawa Michael Jackson Itu seorang penganut agama suci Allah Itu, apakah akan berlaku revolusi dalam koloni masyarakat dunia dalam kepercayaan anutan agama Islam dan tangapan prejudis Islam akan sedikit sebanyak akan terhapus.

Mungkin kematian Michael Jackson atau Jacko ini akan memberi sinar baru kepada Islam secara global. Apakan tidaknya Jacko mempunyai jutaan peminat setia dan fanatik. Apakah kemungkinan akan terjadi kepada peminat setianya untuk sama-sama mengikut jejak langkah Jacko sama-sama menganut agama Islam..

Bagi pendangan BT, jacko adalah ikon kepada semua bangsa didunia ini. Siapa tidak mengenali Jacko? Dari kanak-kanak sehingga si tua yang masih hidup mengenalinya.

Tahniah kepada abang Michael, Jermain kerana telah berjaya berdakwah secara besar-besaran.

Pengkebumian Jacko cara istiadat Islam (ditalkin) adalah penghormatan terbesar kepada Umat Islam diseluruh dunia khususnya. Semoga roh Michael dicucuri Rahmat..

Artikel yang berhubung kait dengan catatan ini



5 Ulasan:

Man Ysf berkata...

Matinya menjadi pendakwah.

Tanpa Nama berkata...

dengo citer keranda nye nak dibuat dari emas. pehtu mayat si Mikael tu nak dipakaikan baju cantik cam yg dia pakai masa idup. siap nak tanam ngan sarung tgn dan barang berharga yg dia sayang sekali.
Lagi 1 abg dia si Jermain tuh pun berantai leher emas. Huhu aku lum jumpa mazhab mana satu yg menghalalkan lelaki pakai rantai emas di leher. Kot incik leh tolong bagikan nas
Apepun takzaih buat Mikael

Tanpa Nama berkata...

Cuba korang bayangkan kalau satu dunia saksikan sembahyang jenazahnya nanti.. Fuh! Mau beribu-ribu masuk islam.
Yang salah tu tetap salah. Mungkin pasal dia orang jahil dengan Islam. harap-harap ada orang yang akan betulkan keadaan.

Tanpa Nama berkata...

Jika betul michaelJackson telah memeluk islam adalah satu tanparan hebat kepada penganut agama lain di muka bumi ini. Selama ini penganut agama lain terutama kristian dan yahudi cuba menghina agama suci islam dan menganggap setiap penganut islam adalah pengganas. Nah...sekarang ini, cuba lihat ramai yang menganut islam adalah terdiri daripada orang-orang yang berkelebar di mata dunia, antaranya Cat Stevens, Muhammad Ali, Mike tyson, dan ramai lagi. Ini menunjukkan bahawa islam adalah agama yang universal dan amat sesuai untuk tuntutan umat manusia. Jka betullah Michael Jackson seorang islam ia adalah salah seorang ahli syurga, kerana ia baru sahaja memeluk islam dan sepanjang 6 bulan adalah masa peralihan dan dalam pembelajaran islam. Semoga roh dan jasad beliau di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Dan ingatlah perilaku dan perbuatan sejahat mana pun sebelum islam akan terhapus dengan memeluk islam. Orang yang baru memeluk islam ianya seperti bayi yang baru lahir bersih dan sebersih-bersih kain puteh. Wallah a`alam

kawan@yahoo.com.my berkata...

Michael Jackson satu keajaiban dunia seperti lady diana, osama laden,saddam hussein, peninju muhammad ali. Mereka cipta sejarah. Untungnya dunia dapat versi muzik yangmengkagumkan. Untungnya umat Islam , manusia yang mempunyai banyak cabaran sekelilingnya akhirnya memeluk Islam untuk pelindung. Kematiannya dalam Islam. Amin.

Catat Ulasan