Salam Sejahtera,

Apa kejadahnya buat tarikh sampai 2012 untuk mansuhkan PPSMI?.. tak boleh mansuh terus akhir tahun ni selepas sekolah ditamatkan pada akhir tahun kah?
Atau buku teks BI dan Sains dlm bahasa melayu dah pupuskah?..
Kenapa Najib beria-ia untuk memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk memperkukuhkan Bahasa Inggeris selepas PPSMI dimansuhkan..? Kenapa tak peruntukan sebanyak itu untuk memantapkan lagi bahasa ibunda kita sendiri supaya ianya menjadi salah satu bahasa yang disegani di peringkat dunia?
Kenapa tak boleh terimakah keputusan pemansuhan PPSMI ini?
Kenapa kerajaan tak peruntukan dana sebanyak peruntukan untuk memantapkan BI untuk memantapkan pengetahuan agama islam dikalangan pelajar sekolah..??
Kenapa bahasa Sir hanry Gurney juga diangung-agungkan bagaikan dewa?
Kolotkah jika tak tahu berbahasa Inggeris?...
Cuba kita lihat didalam wikipedia.. Berapa ramaikah yang sudi menambah informasi berbahasa Melayu untuk rujukan.. Amat miskin jika dibandingkan dengan informasi bahasa indonesia.. Apakah kita tidak merasa bangga sekiranya bahasa kita menguasai sekurang-kurangnya 30% informasi kandungan berbahasa melayu didalam wikipedia?
Apakah kita mahu biarkan bahasa melayu menjadi bahasa tidak penting didalam dunia global..











0 Ulasan:
Catat Ulasan