Bila dilihat gambar ini BT rasa sedikit resah.. Sudah banyak hujah yang BT baca baik dari penyokong PR dan orang-orang Umno.. Itulah spekulasi terkini dalam hal kematian kematian Teoh Beng Hock.
Sebenarnya banyak hujah yang telah diberikan oleh pihak PR itu sendiri. Ia bukanlah isu menyanggah kata-kata orang sebelah sana tetapi pengakuan atau lafaz minta maaf atas tohmahan keatas gambar tersebut perlu diucapkan.
Masaalah dari segi niat itu bukan persoalanya, apa yang lebih penting ialah menjaga sensitiviti orang islam di negara ini khususnya. Tambah-tambah lagi yang melakukan perbuatan 'candle light vigil' ni orang Pas dalam PR. Sama ada tidak berniat kearah keagamaan atau menghormati majlis yang lebih penting ialah sensitiviti masyarakat melayu dinegara kita yang rata-rata senang mencanangkan isu-isu sensitiviti ini.
Bila dah terbuat tu apa yang penting memberi penerangan yang tepat akan isu itu serta ucapan maaf kepada semua kerana telah membuatkan orang islam dinegara ini tersinggung.. Tidak kira disebelah pihak mana pun, ucapan maaf adalah ubat yang paling mujarab untuk menghentikan spekulasi ini.
Sekian,
aizam hussin











0 Ulasan:
Catat Ulasan