Cari artikel dalam blog ini

Memuatkan ...

Terma & Polisi


Blog ini mungkin mengandungi bahan bacaan yang tidak menepati citarasa sesetengah pembaca. Bagi pihak penulis ianya hanyalah sekadar pandangan peribadi penulis semata-mata dan daripada reaksi apa yang penulis rasa dan lihat serta tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak mahupun tidak juga berniat membawa fitnah dan melaga-lagakan mana-mana pihak atau menggangu ketenteraman. Sekian

aizam @ basikaltua.com
Salam sejahtera, Oleh kerana Beras-padu kelolaan bang Sebol dalam proses penilaian gunapakai tenaga, jadi sebagai alternatif bagi pengemar suapan langsung RSS untuk kebanyakan blog bolehlah melayari alternatif kepada beras-padu di tapak RSS 'maubaca' yang beralamat di http://maubaca.ath.cx

Rabu, 2010 Februari 03

Antara totok dan wala'

Salam Sejahtera,

Artikel kali ini hanyalah pandangan semata-mata yang boleh dibahaskan tentang kepercayaan dan kesetiaan kita terhadap seseorang pemimpin ikutan kita.

Kita berbicara tentang sokongan yang tak terhingga kepada pemimpin yang kita sanjungi tanpa pedulikan yang mana kepala dan yang mana ekorna. Kita juga berbicara tentang ikutan dan kepercayaan. Tanpa rasa ragu kita menaruh sepenuh harapan kepada pimpinan dengan mengharapkan pemimpin atau ketua yang memimpin mampu memberi perubahan kepada sesuatu agenda didalam mencapai matlamat kita dan kepimpinan yang kita ikuti.

Apa yang BT belajar dalam cuba memahami erti kepercayaan kepada kepimpinan ialah, mencari arah tuju seseorang pemimpin itu untuk memimpin sebuah pasukan yang besar. Memahami lenggok pemikiran dan bawaan individu kepemimpinan tersebut serta apa yang kita faham akan matlamat yang kita mahu capai bersama kepimpinanya. Didalam hal ini menjadi cara BT untuk menetap arus tersendiri dalam mengikuti sesuatu kepimpinan atau seseorang pemimpin tersebut. Dengan erti kata mudah BT tidak akan fanatik (wala') terhadap seseorang pemimpin tetapi akan cuba mencari persamaan dalam sesuatu agenda yang sama arus dengan pemikiran BT.

Budaya yang sekian lama sinonim dengan pengikut setia UMNO yang diistilahkan sebagai 'totok' yang membawa erti setia kepada pimpinan atas tidak terperi sehinggakan kelihatan apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO adalah semuanya kelihatan betul tanpa boleh dipertikaikan. Sedihnya apa yang di perkatakan kepada sekelompok mereka ini mula menular didalam PAS dan dipertontonkan sebagai lebih islamik dengan pengunaan perkataan wala'. Hakikatnya ianya membawa maksud dan perspektif yang sama.

Sebagaimana kita yang berada didalam arus keilmuan yang mudah digapai, kepercaaan terlalu ekstrem kepada seseorang individu adalah perlu dielakan. Ini bukan bermaksud ianya perlu ada rasa ragu sepanjang masa tetapi kita seharusnya mencari maklumat alternatif yang boleh dibuat sebagai bahan rujukan dalam kesetiaan kita. Cara ini dilihat lebih cendikiawan berbanding mempertaruhkan kepercayaan kepada satu sumber sahaja yang mungkin ada betul dan juga ada tidak betulnya. Kepercayaan didalam 'cengkerang' ini perlu dielakan supaya ilmu itu dapat ditimba lebih dalam dengan memberi ruang kepada faktor luar memberi tindak balas supaya apa yang dikatakan campurtangan dari pihak luar mampu memberi perluasan kepada kepercayaan yang akan membawa penterjemahan terhadap pemikiran individu pemimpin tersebut.

Masaalah totok atau wala' ini adalah bukan berpunca dari sesebuah kepimpinan tetapi ia lebih kepada sifat fanatik seseorang individu tersebut kepada pegangan mereka. Titik tolaknya ialah kemampuan seseorang itu untuk bersikap rasional dalam menterjemah maksud yang disampaikan oleh seseorang yang lain.

Kepercayaan yang hakiki dan tanpa prejudis kepada seseorang individu pemimpin hanyalah ditujukan kepada Nabi S.A.W..

Wallhu a'lam Bissawab...

Isnin, 2010 Februari 01

Kerajaan perlu pandai ambil hati rakyat

Salam Sejahtera,


Kerajaan dibawah naungan PM Najib Razak kini giat melaksanakan langkah penjimatan dalam menangani permasaalahan ekonomi yang melanda negara pada masa kini. Berberapa langkah yang dilaksanakan salah satunya ialah mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan dalam banyak sektor. Antara salah satu sektor yang terlibat ialah sektor pendidikan. Pelajar yang tinggal di asrama kini terpaksa berulang pulang ke rumah masing-masing setiap minggu kerana langkah penjimatan ini memerlukan pelajar berkorban sedemikian. Apa jadi sekiranya pelajar yang tinggal jauh dari rumah mereka?. Mereka terpaksa menumpang rumah kawan masing-masing setiap minggu. Ini adalah sesuatu boleh membebankan pelajar tersebut malah keluarga yang mereka menumpangnya.

Didalam sektor awam pula kos perbelanjaan setiap pejabat pentadbiran dikurangkan, penjimatan dengan pelbagai sekatan kini sedikit sebanyak mengurangkan pergerakan operasi pejabat kerana kos perbelanjaan yang terhad, ia menjadikan operasi pejabat menjadi semakin perlahan. Ini adalah salah satu apa yang dikatakan kesan sampingan dalam kemerosotan ekonomi yang melanda pada masa kini.

Apa yang BT hendak terjemahkan disini ialah kegagalan kerajaan untuk menangani isu kegawatan ekonomi dengan menjadikan rakyat sebagai tanggungan terhadap beban ekonomi yang ditanggung mereka. Kenapa perlu rakyat yang menanggung semua hal yang melibatkan kegagalan kerajaan untuk menarik pelabur untuk melabur di negara ini?. Apa yang dapat dilihat ialah pelabur-pelabur kini kelihatan hilang keyakinan untuk melabur di negara ini dan membina industri yang boleh menampung beban hutang negara secara amnya. Hilang kepercayaan ini juga mungkin berpunca daripada kestabilan politik dan pentadbiran di negara yang lemah dan polisi kerajaan yang tidak memihak kepada pelabur secara saksama.

Hasil dari kegagalan menarik pelabur asing untuk melabur didalam pelbagai sektor di negara ini menyebabkan kerajaan seperti tiada alternatif lain selain dari menggunakan aset didalam negara sebagai dinding api untuk menyelamatkan dari terus menanggung kerugian yang semakin meruncing. Hutang-hutang lapuk perlu dilunaskan, projek-projek mega yang dahulunya berleluasa dibina tanpa memikirkan buruk-baiknya padahnya kini perlu di langsaikan dengan wang ringgit. Hakikatnya projek ini sekarang dilihat tertanggung diatas kepala individu setiap rakyat di Malaysia. Kini kita boleh lihat kegagalan kerajaan untuk mendapatkan dana dengan langkah penjimatan yang dilaksanakan, subsidi kepada barang-barang keperluan dikurangkan. Ini menunjukan hak rakyat untuk mendapat kenikmatan dan pembelaan kelihatan sudah semakin dilupakan.

Moto 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Di utamakan' kelihatan tidak berkesan untuk meyakinkan rakyat betapa rakyat diutamakan sebenar-benarnya. Pandangan negatif terhadap moto tersebut adalah tanda rakyat faham dan sedar mereka tidak boleh diulek dengan bahasa-bahasa kiasan yang hanya sekadar mengelabui pada lapisan hadapan sahaja.. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang benar-benar boleh membawa perubahan kepada mereka malah boleh membawa Malaysia ke mata dunia dan pemimpin islamnya dapat bersuara di OIC dengan lantang dan bukan sekdar berkokok disekitar kampung sahaja.

Rakyat pula perlu menilai prestasi kerajaan dengan secara telus bukanya kerana kepentingan secara individualiti.. Kerajaan juga perlu peka kepada kehendak rakyat dan luahan ketidak puasan hati rakyat untuk menjadikan pentadbiran kerajaan di pandang tinggi.

Sekian

Ahad, 2010 Januari 31

Wala' dikalangan ahli Pas perlu disedarkan

Salam Sejahtera,

Maafkan BT, izinkan BT meluahkan rasa tidak senang terhadap pegangan segolongan ahli Pas yang terlalu wala' kepada pimpinan ulamaknya.. Bukanlah BT mahu menyatakan Pas adalah parti jumud tetapi apa yang BT lihat selama ini terutama di negeri Terengganu, dimana tempat berpusatnya pimpinan Pas yang berkeinginan untuk melaksanakan kerajaan perpaduan (UG).

Pas sememangnya adalah parti alternatif yang harus menjadi parti kepada muda-mudi pada masa sekarang. Pas perlu menjadi parti dimana anak-anak muda senang mendampinginya dari segi aspek keterbukaan. Apa yang BT lihat dan BT dapati pada masa sekarang, Pas di negeri Terengganu terutamanya di sekitar kawasan kekuasaan Tuan Guru hj.Hadi dilihat lebih kepada ahli-ahlinya sahaja dimana segala aktiviti yang dianjurkan atau diadakan hanyalah disekitar ahli-ahli mereka. Sekiranya perkara ini berlaku bagaimanakah Pas ingin mengapai cita-cita untuk diterima oleh setiap golongan termasuk bukan ahli Pas. Jika sekadar Pas bermain di sekitar ahli-ahli mereka dan mereka hanya kelihatan mesra dikalangan ahli mereka sahaja ia tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada masyarakat sekitar. Isu-isu utama negeri pun sukar untuk mereka angkat.. bagaimana tu?

Tidak sepertimana apa yang dilakukan oleh pihak BN dimana mereka kini berusaha menarik setiap golongan masyarakat tidak kira mereka dari ahli Umno atau tidak. Kerana mereka tahu taktik menelobos sempadan bukanlah ada pada kekuatan ahli sahaja malah ia lebih kepada kekuatan tenaga kerja diluar ahli parti. Kenapa Pas tempatan tidak boleh berbuat demikian?

Kerana BT bukanlah individu yang rapat dengan anggota-anggota Pas setempat, BT boleh rasakan dasar kekuatan Pas tidak sampai ke aras yang menyedarkan Masyarakat betapa Pas adalah parti yang aktif dalam melaksanakan perubahan terhadap budaya islam dikalangan masyarakat. Ahli-ahli Pas perlu sedar kelemahan-kelemahan yang ada pada kepimpinan mereka dan seharusnya melakukan perubahan mengikut saluran yang betul dan bersedia menerima kritikan daripada pihak luar serta mengambil tidakan positif yang dapat menjayakan misi Pas atas dasar melaksanakan budaya kerja islam.


BT tidak menyatakan pendirian BT terhadap segolongan masyarakat yang sedang melakukan transformasi terhadap kepimpinan tertinggi Pas. BT hanya berpendapat perkara transformasi ini perlu berlaku mengikut fleksibiliti yang ditunjukan oleh mejoriti masyarakat. Ia perlukan Ahli lembaga kepimpimpinan pusat Pas duduk berbincang apakah releven yang harus diterima dan kepimpinan yang berteraskan Ulamak memerlukan kajian terhadap apa yang ditunujukan oleh mereka yang mengkehendaki transformasi tersebut dan bukanya menolak mentah-mentah dan melihatnya secara semberono sahaja. Sebagai Parti yang sensitif terhadap keinginan dan keperluan Masyarakat , Pas perlu menjadi parti yang terbuka dalam segenap hal yang boleh membawa kepada kebaikan parti itu sendiri. Pas perlu dilihat berbeza dengan Umno sekiranya ia mahukan masyarakat menerima parti itu tidak kira peringkat golongan masyarakat.

Akhir-akhir ini berberapa isu yang hangat diperkatakan sedikit sebanyak melebelkan Pas sebagai sinonim terhadap apa yang dikatakan klon Umno.. Apakah kita mahu melihat Pas dilabelkan sedemikian rupa dan kepercayaan Masyarakat kepada Pas kembali merudum. Pas perlu konsisten dalam memperjuangkan kepimpinan cara islam dan jangan dibiarkan liberalisasi meresap kedalam parti ini secara diam sehinggakan ia menjadi barah yang tidak dapat diselamatkan lagi.. Fikirkanlah masa depan Umat Islam di negara ini, jangan dibiarkan mereka alpa dengan apa yang disajikan oleh kepimpinan sekarang..

Sekian..

Sabtu, 2010 Januari 30

maubaca: Pengganti sementara Beras-padu


Salam sejahtera,

Oleh kerana Beras-padu kelolaan bang Sebol dalam proses penilaian gunapakai tenaga, jadi sebagai alternatif bagi pengemar suapan langsung RSS untuk kebanyakan blog bolehlah melayari alternatif kepada beras-padu di tapak RSS 'maubaca' yang beralamat di http://maubaca.ath.cx

Khamis, 2010 Januari 28

Pengangkutan awam Kuala Terengganu gagal

Salam Sejahtera,


Sementelah sebagai salah seorang penduduk warga Kuala Terengganu, banyak kelemahan yang dapat dilihat yang sehingga sekarang tidak dapat ditanggani oleh kerajaan negeri. Antara yang menjadi isu sekarang ialah isu pengangkutan awam di sekitar Kuala Terengganu yang sangat lemah. Mengharapkan 2-3 buah bas cas ligas adalah tidak memadai.

Dimana perginya bas-bas mini yang menjadi bas pengantara antara pusat bandar dan kawasan-kawasan berhampiran? Kenapa bas-bas mini ini gulung tikar? Apakah kerajaan tidak memberi sedikit subsidi kepada pengusaha bas ini untuk terskan perkhidmatan?

Diharapkan kerajaan negeri dapat memikirkan inisiatif ini demi kemudahan rakyat secepat mungkin. Isu parkir juga adalah isu utama permasaalah yang dihadapi di sekitar kawasan pusat bandar Kuala Terengganu. Kekurangan tempat meletak kereta dan isu saman parkir adalah perkara yang boleh dianggap tidak menguntungkan rakyat.



Rabu, 2010 Januari 27

Pimpinan Pas Terengganu perlukan anjakan paradigma

Salam Sejahtera,

BT boleh sifatkan politik Negeri Terengganu kini dalam keadaan sindrom bisu, Sindrom masing-masing buat hal masing-masing. Apakah memang begini sikap realiti rakyat Terengganu yang ketandusan pemikiran yang kreatif serta tidak berdaya saing? Tampuk pemerintahan Umno pimpinan MB Ahmad Said yang sudah menjangkau setengah matang sejak pilihanraya umum yang ke-12 lalu bagaikan kaku seperti tiada idea untuk membuat pembangunan di negeri Darul Iman ini. Apa yang tinggal hanyalah sisa-sisa yang ditinggalkan oleh mantan Menteri Besar yang lalu yang masih berjalan, itupun boleh diibaratkan hidup segan mati tak mahu..

Bagaikan pahat sudah berhenti dipukul, gagak gumpita yang sudah lama tidak kedengaran apakah Negeri ini sudah berhenti untuk pembangunan atau ketandusan wang saku untuk melakukan pembangunan, itu yang sedang menjadi pertanyaan. Rakyat Terengganu pula bagaikan menangani isu ini secara semborono, bagaikan tunggu khabar berita dari pengutus surat apakah sebenarnya yang berlaku dalam pemerintahan di negeri ini sedangkan kaki tidak mahu berjalan tangan tidak mahu dihayun.

Sudah agak lama rasanya tidak kedengaran tentang pembahagian wang royalti, kerajaan pusat sudah melunaskan janjinya atau belum? Tiada seorangpun dari golongan pendekar-pendekar di negeri ini berkokok bertanyakan khabar berita. Baik dari pihak pembangkang, ibarat sekali di jerkah sekali 'terensot'. Kemana suara-suara NGO tempatan? , Kemana suara-suara dari PAS itu sendiri.. Apakah tuan presiden parti Islam sedang merancang sesuatu sekarang? atau sudah sejuk untuk mengambil endah tentang permasaalahan rakyat Terengganu masa kini?

Khabarnya PAS negeri Kelantan nampak lebih berkokok dalam isu tuntutan wang royalti petroleum berbanding PAS negeri Terengganu. Usaha yang dilakukan sangat dramatik dan sangat tersusun. BT berpendapat PAS Terengganu perlu melakukan anjakan paradigma yang 'deras' kerana dilihat aura kepimpinan PAS Terengganu sekarang kelihatan sudah tidak berbisa malah tidak mampu untuk memenangi isu-isu rakyat malah juga dilihat tidak mampu memikat hati rakyat untuk terus mendampingi hati pimpinan PAS itu sendiri. Ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada PAS pusat dimana kepercayaan rakyat akan sedikit longgar sekiranya mereka tidak mampu untuk menjadi juara rakyat dan penyelesai masaalah rakyat. Apa dan dimana kesilapan itu, perlulah difikirkan dan diberi perhatian supaya kekuatan ukhuwah antara Pakatan di Negeri ini perlu ada 'chemistry' yang lebih erat, bukan sekadar kelihatan di cengkerang sahaja.

Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas negeri perlu juga memikirkan idea-idea baru sebagai cara untuk menonjolkan yang PAS sebenarnya masih releven di negeri ini. Kekuatan PAS bukan sahaja perlukan kepada ukhuwah sesama ahli malah ia perlu kuat dari segi teknikal persekitaran. Ambil cakna tentang isu setempat.

Ada baiknya PAS di negeri ini belajar cara pentadbiran PAS di negeri Kelantan yang seakan berbisa bukan didalam isu tempatan sahaja malah isu pusat sekalipun. Bagaimanakah setiap isu yang dilemparkan dari pihak seteru dapat ditanggani malah di selesaikan dengan cara profesional.

Rakyat Terengganu sebenarnya perlukan pemimpin yang dapat merubah persekitaran polimik politik yang ada sekarang. Kelemahan pentadbiran kerajaan BN di Terengganu masih tidak boleh dilawan oleh pentadbiran PAS negeri yang juga dilihat lemah dengan banyak aspekya. Oleh itu diharapkan akan ada satu jalan penyelesaian yang dapat di perlolehi supaya negeri Terengganu tidak akan terus ketinggalan 20 tahun kebelakang dari negeri-negeri lain di Malaysia..

Pemimpin itu sendiri tidak harus berkeadaan 'syok' mempersalahkan orang lain sahaja tanpa mengambil inisiatif untuk mengambil sesuatu tindakan yang wajar demi menanggani masaalah rakyat. Rakyat yang perlu diutamakan dalam pelbagai aspek kesenangan kerana timbal balasnya akan kembali kepada pemimpin itu juga..

Sekian..

Isnin, 2010 Januari 25

Krisis harga barang di Terengganu

Salam Sejahtera,

Semua orang tahu, Terengganu penuh dengan keindahan alam semula jadinya yang tersendiri. Menghirup udara segar di Pantai Penarik sungguh nyaman, meriah betul jual beli di Pasar Payang, Kesenian kain songket dan tembaga memang berseri.

Akan tetapi sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang membimbangkan berlaku di sini. Kenaikan harga barang yang melambung-lambung bagaikan ada sesuatu yang merungsingkan penduduk tempatan. Jika dahulu nila rm10 boleh dibawa pusing pekan kini dgn rm10 makan nasi sesuap sudah hilang duit di genggaman.

Ikan segar yang tangkapan hasilnya diperolehi di perairan pantai Terengganu harganya cukup dikatakan tinggi sedangkan ianya datang di kawasan setempat. Apakah peniaga-peniaga di sekitar negeri ini terutama di Kuala Terengganu alpa dengan kemewahan dan rezeki yang tuhan kurniakan dan mengambil sikap mahu cepat kaya sedangkan kualiti barang yang sajikan tidaklah sepadan dengan harga yang ditawarkan.

Kerajaan tempatan seharusnya peka dengan keluhan ramai pihak yang merungut tentang harga barang yang mahal di sekitar Kuala Terengganu khususnya. Suatu ketika dulu ada juga kedengaran untuk melebelkan gerai-gerai makan yang meletakan harga tinggi dengan label kedai harga mahal tetapi kini ianya sudah hampir tidak kedengaran bagaikan semusim bertelur riuh sekampung.

Suatu hari nanti tidak menjadi kehairanan sekiranya air suam juga dikenakan cas seperti apa yang sudah berlaku di metropolitan Kuala Lumpur... Inilah hakikatnya sekiranya sikap peniaga-peniaga di sekitar negeri Terengganu khususnya Kuala Terengganu yang hanya mementingkan kuantiti daripada kualiti. Ia bukan soal barang mahal, ia soal masyarakat setempat yang mempunyai pendapatan dibawah kemampuan masih ramai di negeri ini. Pekerjaan kampung adalah sektor utama yang masih menjadi sektor pekerjaan di negeri ini. Nelayan , petani , peniaga kecil-kecilan malahan pendapatan mereka bukanlah sehebat gaji jurutera atau arkitek.

Populasi antara penduduk miskin dan kaya di negeri ini juga adalah tidak seimbang. Yang miskin boleh dikatakan tahap kemiskinan tegar dan yang kaya tahap kekayaan yang melampau sehinggakan jurang antara miskin dan kaya terlalu jauh.

Sekiranya tidak ada tindakan yang wajar dilakukan oleh pihak berwajib untuk mencegah sikap 'mahu cepat ke Mekah' dikalangan peniaga di sekitar negeri ini nescaya satu hari nanti rakyat marhein tempatan akan mengalami sindrom kurang protein dan karbohidrat.. serta perkembangan ekonomi setempat akan menjadi perlahan sedikit demi sedikit sehinggakan menjejeskan pendapatan dan memperlahankan pembangunan infrastruktur di negeri ini..